aku dapat membaca hatimu
:: Serba-Serbi :: Puisi & Sastra
Halaman 1 dari 1
aku dapat membaca hatimu
Kutelahi lakaran tuturmu
yang terpapar di kanvas sopan
adalah siraman air rindu
yang mengalir ke muara
kasih.
Kutahu di sebalik pelangi
hatimu
terlakar potret cinta
yang kau sembunyikan
di celah-celah kelopak ragu
yang masih membeku dan
padu.
Kunanti mentari jujurmu
memancarkan cahaya kasih
setelah kulabuhkan ceritera
peristiwa
Usah lagi kau melipat helah
kerana aku dapat membaca
hatimu
yang sarat perlu dan mahu
untuk kutakhtai satu persatu.
Kupasti manik-manik iman
yang tertanam di sanubari
akan mengalungkan seutas
takdir
merungkai kusutan yang
melanda.
yang terpapar di kanvas sopan
adalah siraman air rindu
yang mengalir ke muara
kasih.
Kutahu di sebalik pelangi
hatimu
terlakar potret cinta
yang kau sembunyikan
di celah-celah kelopak ragu
yang masih membeku dan
padu.
Kunanti mentari jujurmu
memancarkan cahaya kasih
setelah kulabuhkan ceritera
peristiwa
Usah lagi kau melipat helah
kerana aku dapat membaca
hatimu
yang sarat perlu dan mahu
untuk kutakhtai satu persatu.
Kupasti manik-manik iman
yang tertanam di sanubari
akan mengalungkan seutas
takdir
merungkai kusutan yang
melanda.
devil- Junior Member
- Jumlah posting : 33
Join date : 07.12.10
:: Serba-Serbi :: Puisi & Sastra
Halaman 1 dari 1
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik
|
|